Thursday 23 June 2011

Bakal Junior Master Chef

Lama saya tak update blog ini.... banyak benda yang perlu dibereskan... rindu pula nak update blog ini...

Aktiviti memasak untuk anak kecil pada saya sangat baik. Mungkin ramai yang tak BERsetuju dengan saya kerana aktiviti ini berbahaya kepada anak kecil.
Pada saya anak kecil tak tahu bahaya sekiranya dia tak merasai sendiri. Tambah bahaya sekiranya dia cuba meniru kita memasak tanpa pengetahuan kita. Berikut saya saya senaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya mahu mengajar anak memasak.

Panduan Mengajar Anak Memasak.
1. Anak perlu tahu dan rasa kepanasan api. Pegang tangan dia dan bagi dia rasa haba kuali panas. (JANGAN sentuh kuali. Melecur tangan anak nanti.) Terang kepada dia akibat sekiranya terkena kuali/minyak/api.
2. Jelas kepada dia kena berhati-hati dan buat slow-slow. MESTI ikut cakap umi/mak/ibu.
3. Beri AMARAN KERAS dia hanya boleh masak dengan umi/mak/ibu sahaja.
4. Pastikan ketinggian dan kedudukan anak memasak adalah selamat.

Sebenarnya aktiviti ini tak dirancang. Kitaorang pergi ke pasar malam untuk membeli barang dapur. Syafiqah sibuk nak mainan. Bukan tak nak beli cuma nak mengajar dia, tak semua barang yang dia nak dia dapat. Apa lagi, menangislah dia. Mulalah buat ayat sadis... "Syafiqah tak der mainan tu pun"... Bila sampai bahagian barang basah... saya tanya dia nak makan squid tak....dia nak.... apa lagi.. saya pun mula psiko dia supaya dia lupa tentang barang mainan tu.

"Syafiqah pilih nak squid yang mana." Dia pun berhenti menangis sebab excited nak main squid. Dia pun pilihlah beberapa ekor sotong dan masukkan kedalam bekas yang disediakan."Bagi uncle suruh dia  timbang." Dia pun panggil abang yang jual sotong tu. "Uncle!Uncle! Timbang". Terkejut abang tu... mungkin pelanggan termuda yang pernah dia ada kot. Saya minta Syafiqah tanya berapa ringgit. Syafiqah pun tanya "Berapa ringgit?"Abang tu macam confuse jer...betul ke mak budak ni... suruh anak sebesar ni beli sotong.... "9 ringgit dik" sambil tersengih-sengih... kelakar agaknya... saya bagi RM10 dekat Syafiqah then Syafiqah ambil bakinya.....Selesai episod beli sotong....

Esoknya saya pun ajaklah Syafiqah cuci sotong yang dia beli semalam.... terlupa nak tangkap gambar... takderlah pula gambar tengah cuci sotong.... saya letak surat khabar atas lantai ... pastu panggil dia... mula-mula bagi dia kenal sotong dahulu... mana kepala, mata, badan,.... lepas tu ajar dia tarik kepala sotong....dia pun tarik dengan semangat.... putus kepala sotong. Saya pun keluarkan perut sotong yang tertinggal dalam badan sotong "Umi! Ada fish" kebetulan ada anak ikan dalam badan sotong tu....saya pun terang kepada dia yang sotong makan anak ikan. Pastu saya tunjukkan dia cara nak tarik tulang sotong... terangkan dia sotong ada satu tulang sahaja... saya suruh tarik ink sotong... apa lagi... "Umi! Kotorlah... Nak basuh tangan..." Saya pun gelakkan dia... then saya terangkan kepada dia yang ink itu squid gunakan apabila jumpa dengan musuh.

Semuanya dia buat.... dia potong sotong guna gunting... itu pun kena berhati-hati takut terpotong jari.... pastu basuh sotong, tos then letak garam dan kunyit. Saya sediakan dapur dan letak sedikit minyak... Saya beri dia penerangan seperti dalam PANDUAN MENGAJAR ANAK MEMASAK.  Dia masuk sendiri squid dalam kuali dengan penuh berhati-hati... (sebab amaran telah diberikan)... pastikan sotong anda ditos dengan baik (bagi mengelakkan letupan). Kacau dengan perlahan-lahan.... soalan yang sering dia tanya... dah masak ker belum.... tak sabar-sabar nak makan......




Itulah hidangan teristimewa buat kami sekeluarga. SOTONG GORENG KUNYIT SYAFIQAH. :) 

No comments:

Post a Comment