Showing posts with label Projek dan Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Projek dan Aktiviti. Show all posts
Thursday, 19 January 2012
Thursday, 23 June 2011
Bakal Junior Master Chef
Lama saya tak update blog ini.... banyak benda yang perlu dibereskan... rindu pula nak update blog ini...
Aktiviti memasak untuk anak kecil pada saya sangat baik. Mungkin ramai yang tak BERsetuju dengan saya kerana aktiviti ini berbahaya kepada anak kecil.
Pada saya anak kecil tak tahu bahaya sekiranya dia tak merasai sendiri. Tambah bahaya sekiranya dia cuba meniru kita memasak tanpa pengetahuan kita. Berikut saya saya senaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya mahu mengajar anak memasak.
Panduan Mengajar Anak Memasak.
1. Anak perlu tahu dan rasa kepanasan api. Pegang tangan dia dan bagi dia rasa haba kuali panas. (JANGAN sentuh kuali. Melecur tangan anak nanti.) Terang kepada dia akibat sekiranya terkena kuali/minyak/api.
2. Jelas kepada dia kena berhati-hati dan buat slow-slow. MESTI ikut cakap umi/mak/ibu.
3. Beri AMARAN KERAS dia hanya boleh masak dengan umi/mak/ibu sahaja.
4. Pastikan ketinggian dan kedudukan anak memasak adalah selamat.
Sebenarnya aktiviti ini tak dirancang. Kitaorang pergi ke pasar malam untuk membeli barang dapur. Syafiqah sibuk nak mainan. Bukan tak nak beli cuma nak mengajar dia, tak semua barang yang dia nak dia dapat. Apa lagi, menangislah dia. Mulalah buat ayat sadis... "Syafiqah tak der mainan tu pun"... Bila sampai bahagian barang basah... saya tanya dia nak makan squid tak....dia nak.... apa lagi.. saya pun mula psiko dia supaya dia lupa tentang barang mainan tu.
"Syafiqah pilih nak squid yang mana." Dia pun berhenti menangis sebab excited nak main squid. Dia pun pilihlah beberapa ekor sotong dan masukkan kedalam bekas yang disediakan."Bagi uncle suruh dia timbang." Dia pun panggil abang yang jual sotong tu. "Uncle!Uncle! Timbang". Terkejut abang tu... mungkin pelanggan termuda yang pernah dia ada kot. Saya minta Syafiqah tanya berapa ringgit. Syafiqah pun tanya "Berapa ringgit?"Abang tu macam confuse jer...betul ke mak budak ni... suruh anak sebesar ni beli sotong.... "9 ringgit dik" sambil tersengih-sengih... kelakar agaknya... saya bagi RM10 dekat Syafiqah then Syafiqah ambil bakinya.....Selesai episod beli sotong....
Esoknya saya pun ajaklah Syafiqah cuci sotong yang dia beli semalam.... terlupa nak tangkap gambar... takderlah pula gambar tengah cuci sotong.... saya letak surat khabar atas lantai ... pastu panggil dia... mula-mula bagi dia kenal sotong dahulu... mana kepala, mata, badan,.... lepas tu ajar dia tarik kepala sotong....dia pun tarik dengan semangat.... putus kepala sotong. Saya pun keluarkan perut sotong yang tertinggal dalam badan sotong "Umi! Ada fish" kebetulan ada anak ikan dalam badan sotong tu....saya pun terang kepada dia yang sotong makan anak ikan. Pastu saya tunjukkan dia cara nak tarik tulang sotong... terangkan dia sotong ada satu tulang sahaja... saya suruh tarik ink sotong... apa lagi... "Umi! Kotorlah... Nak basuh tangan..." Saya pun gelakkan dia... then saya terangkan kepada dia yang ink itu squid gunakan apabila jumpa dengan musuh.
Itulah hidangan teristimewa buat kami sekeluarga. SOTONG GORENG KUNYIT SYAFIQAH. :)
Tuesday, 8 March 2011
Peraduan "Ibu....Kaulah Ratu Hatiku".
Suatu masa dahulu ketika puteri sulung saya Syafiqah berusia 2 tahun lebih, dia telah menyertai peraduan "Ibu.... Kaulah Ratu Hatiku. Peraduan ini meminta peserta menyediakan kad bersempena menyambut hari ibu dengan bertemakan "Ibu.... Kaulah Ratu Hatiku". Peraduan ini adalah anjuran adikbijak.com. Banyak pengalaman berharga diperolehi yang dapat dikongsi bersama.
![]() |
| Kad ini untuk UMI. |
Semasa saya melihat iklan peraduan ini saya terfikir bolehkah Syafiqah menyertai pertandingan ini. Tambahan pula tiada had umur minimum yang ditetapkan. Ini peluang untuk Syafiqah. Saya cuba memikirkan apa yang boleh dilakukan oleh anak kecil berusia 2 tahun lebih ini. Dengan kemampuan kawalan tangan dan jari yang terhad, saya mengajar dia menggunting kertas, melekat, mengecop, mewarna batik dan mewarna tulisan menggunakan blok. Hasilnya sangat menarik.
Saya mulakan dengan menggunting kertas. Saya membeli gunting khas untuk kegunaan kanak-kanak supaya dia tidak terpotong jari. Saya mengajar dia memegang gunting dan cuba menggunting kertas yang agak keras kerana gunting ini diperbuat daripada plastik. Agak sukar untuk memotong kertas yang nipis. Setelah dia boleh menggunting saya lukis bentuk yang mudah seperti bentuk hati dan meminta dia menggunting bentuk tersebut. Saya memegang tangannya supaya dia dapat menggunting bentuk tersebut dengan lebih baik.
Syafiqah suka melekat pelekat. Dia sangat suka apabila diminta untuk melekatkan kertas yang dipotongnya pada kad. Saya mengajar dia meletakkan gam pada kertas yang dipotong tadi dan lekatkan pada kad. Saya menaip dan print out huruf serta mencari perkataan-perkataan di majalah dan meminta dia memotong dan melekatkan perkataan tersebut. Saya mengajar dia huruf-huruf yang terdapat pada perkataan tersebut. Secara tak langsung dia lebih mengingati huruf.
![]() |
| Cantikkan karya Syafiqah! |
Saya sangat sukakan batik. Satu keistimewaan batik ialah walaupun tidak pandai mewarna ia akan nampak catik asalkan pemilihan warna yang betul. Saya sudah lama tidak membatik. Saya belajar membatik semasa di tingkatan 3. Inilah peluang saya untuk melepaskan 'gian'. :) Saya meminta dia memilih warna yang disukai dan mengajar dia mewarna pada kain yang telah dicanting.
Bagi menyerlahkan kasih dia kepada ibunya iaitu saya, :) , saya meminta suami untuk menangkap gambar kami berdua. Dia sangat sukakan gambar ini. Saya semadikan gambar ini di dalam kad tersebut. Kad yang terhasil sangat cantik. Saya sendiri bangga dengan kemampuan puteri saya itu. Apatah lagi puteri saya itu. Dia menunjukkan kad yang dia buat pada semua orang. Ini meningkatkan keyakinan dalam diri dia.
Saya mula yakin pada kad tersebut. Saya dapat merasakan yang kami akan menang. Pada tanggal 23 Mei 2010 saya menerima email dari Puan Rosnita, pemilik adikbijak.com menyatakan kami merupakan pemenang Hadiah Utama 1. Jutaan terima kasih kepada penganjur pertandingan yang memberi kami pengalaman berharga ini.
HADIAH UTAMA - 1


Penginapan 3 Hari 2 Malam di Apartmen Suria, Bukit Merah Laketown Resort
Buku: Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah s.a.w
Buku: Didik Anak Jadi Usahwan
Buku: Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah s.a.w
Buku: Didik Anak Jadi Usahwan

MB03312
Nor Akasyah Shuib
Anak : Syafiqah Akasyah Shazwan (3 Tahun)
Karak, Pahang
Nor Akasyah Shuib
Anak : Syafiqah Akasyah Shazwan (3 Tahun)
Karak, Pahang
![]() |
| Terima kasih Syafiqah. |
Subscribe to:
Posts (Atom)


