Friday 4 January 2013

Selamat Datang 2013

Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua blogger. Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Saya berazam, pada tahun ini saya akan coretkan pengalaman-pengalaman saya dalam mendidik anak-anak pra-sekolah. Saya mengharapkan sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa dan juga guru-guru dalam mendidik anak-anak kecil.

Saturday 19 November 2011

Anak saya tak mahu belajar!!!!!

Saya bukanlah orang yang pakar untuk memberi pandangan tentang permasalahan ini... tetapi apabila diajukan permasalahan ini kepada saya, saya cuba untuk membantu....

Mungkin diluar sana ramai ibubapa yang menghadapi masalah anak tak mahu belajar..... pujuk sudah, marah sudah, pukul sudah, denda pun sudah tetapi tetap tak mahu belajar..... kalau disuruh belajar nangis tetapi kalau main tak perlu disuruh.... sanggup tak makan sebab nak main....

Untuk menyelesaikan masalah ini pertama sekali ibubapa perlu membuat pemerhatian, penelitian, dan muhasabah diri terlebih dahulu untuk mencari punca, sebab dan musabab kenapa anak kita tak mahu belajar..... kadangkala ia berpunca dari kita sendiri..... contohnya disini....
  • Pernah tak kita mengeluarkan kata-kata yang tak elok terhadap anak kita?
  • Pernah tak kita mendoakan anak kita?
  • Pernah tak kita memuji dia kalau dia membuat sesuatu yang baik?
  • Pernah tak kita memarahi dia kalau dia membuat sesuatu yang salah?
  • Pernah tak kita menerangkan kepada dia kenapa dia dimarahi?
  • Pernah tak kita mengucapkan perkataan sayang kepada dia?
 Semua ini walaupun nampak remeh tetapi ia mempengaruhi sifat anak kita. Kemudian kita lihat pula anak kita. Contohnya...
  • Anak kita tu seorang yang aktif ke pemalu?
  • Suka berkawan ker bersendirian?
  • Adakah dia mempunyai penyakit seperti hyperaktif, dyslexia atau sebagainya yang memerlukan bantuan pakar kanak-kanak?
Semua ini juga mempengaruhi keinginan dia untuk belajar. Selepas itu barulah kita kaji kaedah belajar yang bagaimana sesuai untuk anak kita. Contohnya...
  • Belajar beramai-ramai
  • Belajar bersendirian
  • Belajar ditempat sunyi
  • Belajar sambil mendengar muzik
  • Belajar menggunakan 
    • buku
    • kad imbasan
    •  tv
    • poster
    • warna
    • gambar
    • rakaman
    • game
    • lagu
    • mainan
  • Belajar diruang kosong tanpa gangguan
  • Belajar dibilik gelap yang mana hanya menggunakan lampu study sahaja
  • Belajar dengan cara mengajar... ni cara anak saya belajar.... dia jadi cikgu saya jadi anak murid... selalunya anak murid kena betulkan cikgu sebab cikgu kecil ni baru nak belajar...:)
Setelah diteliti yang mana sesuai barulah kita sesuaikan bahan pembelajaran yang sesuai untuk anak kita... kalau yang dah ada dipasaran bolehlah dibeli jer... tetapi kalau tak ada kenalah buat sendiri.... inilah pengorbanan kita sebagai ibubapa kalau kita nak anak kita pandai.

Monday 14 November 2011

Friday 24 June 2011

'Felt Board'

Mungkin ada di antara kita tak pernah mendengar perkataan felt board. Felt adalah sejenis fabrik yang digunakan untuk pelbagai barangan kraftangan. Di sini saya tunjukkan bagaimana felt digunakan sebagai alat bantu mengajar yang sangat menarik.

Terdapat 3 bahagian yang perlu disediakan.

Bahagian 1 (Felt Board)

Saya membuat board seperti di dalam gambar (saiz A2) dan lekatkan sekeping felt berwarna biru pada board tersebut dengan menggunakan spray glue (glue khas untuk felt).

Bahagian 2 (Rumah Kecil)

Rumah kecil berfungsi sebagai tempat sembunyi gambar-gambar. Saya menggunakan felt yang berbeza  warna supaya ia lebih menarik. Kelebihan felt, ia boleh melekat sesama sendiri tanpa menggunakan apa-apa pelekat.


Bahagian 3 (Bahan Pengajaran)

Saya menggunakan Heat Transfer Paper (saiz A3- coz printer saya saiz A3). Saya print bahan pengajaran seperti  di sebelah (sengaja diterbalikkan) menggunakan Heat Transfer Paper, kemudian saya iron di atas felt berwarna putih. Apabila lapisan luar kertas dikeluarkan, saya akan memperolehi felt yang bercorak seperti disebelah. (dah tak terbalik lagi). Felt ini dipotong dan boleh digunakan untuk belajar sambil bermain.

Cara Bermain

Anda boleh menggunakan 1001 kreativiti untuk bermain menggunakan felt. Salah satu daripadanya;

Saya menyembunyikan benda-benda dibelakang rumah kecil dan meletakkan perkataan dihadapan rumah sebagai clue. Syafiqah perlu membaca untuk meneka apakah benda dibelakang rumah.

Selain itu, anda boleh mencipta cerita menggunakan bahan-bahan tersebut. Sebagai contoh:

Ada seekor kelawar terbang di waktu malam. Kelawar itu memakai topi ajaib. Tiba-tiba topi itu terjatuh di atas sebuah kereta. Kereta itu bertukar menjadi seekor tikus. Tikus itu kelaparan. Dengan memegang perutnya yang lapar... "Adik!!!! tolong saya...saya lapar... sudah 3 hari saya tak makan.... berilah saya sedikit makanan..." Tikus itu ternampak sebotol jem...."Saya nak itu... saya nak itu..." "Tak boleh!" Tiba-tiba datang seekor kucing yang juga kelaparan dan berkata "Saya sangat lapar.... saya nak makan kamu!" Lalu kucing itu terkam tikus tersebut.... "Nyam...nyamm...nyam... dannnnn saya juga nak makan.... KAMU".......(kucing itu pun terkam anak anda).... :)..... PANDUAN: Anda harus bercerita dengan semangat dan jadikan sesi bercerita sebagai sesi yang menggembirakan... pasti anak anda minta anda mengulangi cerita tersebut....

Sekian :)

Thursday 23 June 2011

Bakal Junior Master Chef

Lama saya tak update blog ini.... banyak benda yang perlu dibereskan... rindu pula nak update blog ini...

Aktiviti memasak untuk anak kecil pada saya sangat baik. Mungkin ramai yang tak BERsetuju dengan saya kerana aktiviti ini berbahaya kepada anak kecil.
Pada saya anak kecil tak tahu bahaya sekiranya dia tak merasai sendiri. Tambah bahaya sekiranya dia cuba meniru kita memasak tanpa pengetahuan kita. Berikut saya saya senaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya mahu mengajar anak memasak.

Panduan Mengajar Anak Memasak.
1. Anak perlu tahu dan rasa kepanasan api. Pegang tangan dia dan bagi dia rasa haba kuali panas. (JANGAN sentuh kuali. Melecur tangan anak nanti.) Terang kepada dia akibat sekiranya terkena kuali/minyak/api.
2. Jelas kepada dia kena berhati-hati dan buat slow-slow. MESTI ikut cakap umi/mak/ibu.
3. Beri AMARAN KERAS dia hanya boleh masak dengan umi/mak/ibu sahaja.
4. Pastikan ketinggian dan kedudukan anak memasak adalah selamat.

Sebenarnya aktiviti ini tak dirancang. Kitaorang pergi ke pasar malam untuk membeli barang dapur. Syafiqah sibuk nak mainan. Bukan tak nak beli cuma nak mengajar dia, tak semua barang yang dia nak dia dapat. Apa lagi, menangislah dia. Mulalah buat ayat sadis... "Syafiqah tak der mainan tu pun"... Bila sampai bahagian barang basah... saya tanya dia nak makan squid tak....dia nak.... apa lagi.. saya pun mula psiko dia supaya dia lupa tentang barang mainan tu.

"Syafiqah pilih nak squid yang mana." Dia pun berhenti menangis sebab excited nak main squid. Dia pun pilihlah beberapa ekor sotong dan masukkan kedalam bekas yang disediakan."Bagi uncle suruh dia  timbang." Dia pun panggil abang yang jual sotong tu. "Uncle!Uncle! Timbang". Terkejut abang tu... mungkin pelanggan termuda yang pernah dia ada kot. Saya minta Syafiqah tanya berapa ringgit. Syafiqah pun tanya "Berapa ringgit?"Abang tu macam confuse jer...betul ke mak budak ni... suruh anak sebesar ni beli sotong.... "9 ringgit dik" sambil tersengih-sengih... kelakar agaknya... saya bagi RM10 dekat Syafiqah then Syafiqah ambil bakinya.....Selesai episod beli sotong....

Esoknya saya pun ajaklah Syafiqah cuci sotong yang dia beli semalam.... terlupa nak tangkap gambar... takderlah pula gambar tengah cuci sotong.... saya letak surat khabar atas lantai ... pastu panggil dia... mula-mula bagi dia kenal sotong dahulu... mana kepala, mata, badan,.... lepas tu ajar dia tarik kepala sotong....dia pun tarik dengan semangat.... putus kepala sotong. Saya pun keluarkan perut sotong yang tertinggal dalam badan sotong "Umi! Ada fish" kebetulan ada anak ikan dalam badan sotong tu....saya pun terang kepada dia yang sotong makan anak ikan. Pastu saya tunjukkan dia cara nak tarik tulang sotong... terangkan dia sotong ada satu tulang sahaja... saya suruh tarik ink sotong... apa lagi... "Umi! Kotorlah... Nak basuh tangan..." Saya pun gelakkan dia... then saya terangkan kepada dia yang ink itu squid gunakan apabila jumpa dengan musuh.

Semuanya dia buat.... dia potong sotong guna gunting... itu pun kena berhati-hati takut terpotong jari.... pastu basuh sotong, tos then letak garam dan kunyit. Saya sediakan dapur dan letak sedikit minyak... Saya beri dia penerangan seperti dalam PANDUAN MENGAJAR ANAK MEMASAK.  Dia masuk sendiri squid dalam kuali dengan penuh berhati-hati... (sebab amaran telah diberikan)... pastikan sotong anda ditos dengan baik (bagi mengelakkan letupan). Kacau dengan perlahan-lahan.... soalan yang sering dia tanya... dah masak ker belum.... tak sabar-sabar nak makan......




Itulah hidangan teristimewa buat kami sekeluarga. SOTONG GORENG KUNYIT SYAFIQAH. :) 

Saturday 12 March 2011

Upah @ Tolong

Bercerita mengenai upah saya teringat masa kecil-kecil dahulu saya selalu ambil upah dengan mak dan kakak. Mak minta tolong saya ke kedai, saya mesti minta upah. Sehinggakan cabut uban kakak pun saya minta upah. Sekarang apabila dah ada anak saya cuba nak terapkan betapa susahnya mencari duit. Apabila Syafiqah asyik minta buku sticker, saya cakap dengan dia tak ada duit. Kalau nak duit kena kerja dahulu. Jadi dia pun cakap dia nak kerja. Buku sticker punya pasal apapun sanggup. Saya pun beri dia kerja.

Saya minta dia kemaskan meja di pusat tuisyen. Dia pun dengan semangat 'buku sticker' bekerja keras untuk dapatkan duit. "Umi dah siap. Jom beli buku sticker". Saya cakap belum cukup lagi. Saya minta dia susunkan buku. Sekali lagi "Umi dah siap. Jom beli buku sticker". Saya cakap belum lagi. Saya minta dia basuh pinggan  di dapur pusat tuisyen. "Umi dah siap. Jom la." "Oklah." Saya pun bagi upah kepada dia. Bukan main seronok lagi dapat duit sebab dia tahu bila ada duit dia boleh beli buku sticker.


Walaubagaimanapun terdapat kesan buruk disebalik pengajaran yang saya cuba terapkan. Keesokkan harinya, apabila saya minta tolong, dia tak mahu buat. Saya cakap saya bagi upah pun dia tak mahu. Tahu dia cakap apa? "Tak mahulah umi, Syafiqah dah ada buku sticker". Saya mula berfikir. Adakah apa yang saya lakukan semalam adalah salah? Sejak itu saya tak beri upah lagi kalau minta dia tolong buat kerja-kerja rumah. Cukup sekadar ucapan terima kasih, pujian dan ciuman. Saya tak mahu ajar dia melakukan sesuatu mengharapkan duit semata-mata.

Walaubagaimanapun saya masih menanam hasrat untuk mengajar dia bekerja mencari duit. Saya mahu menerapkan kesusahan dalam mencari duit agar dia lebih menghargai duit yang diterima.