Friday 24 June 2011

'Felt Board'

Mungkin ada di antara kita tak pernah mendengar perkataan felt board. Felt adalah sejenis fabrik yang digunakan untuk pelbagai barangan kraftangan. Di sini saya tunjukkan bagaimana felt digunakan sebagai alat bantu mengajar yang sangat menarik.

Terdapat 3 bahagian yang perlu disediakan.

Bahagian 1 (Felt Board)

Saya membuat board seperti di dalam gambar (saiz A2) dan lekatkan sekeping felt berwarna biru pada board tersebut dengan menggunakan spray glue (glue khas untuk felt).

Bahagian 2 (Rumah Kecil)

Rumah kecil berfungsi sebagai tempat sembunyi gambar-gambar. Saya menggunakan felt yang berbeza  warna supaya ia lebih menarik. Kelebihan felt, ia boleh melekat sesama sendiri tanpa menggunakan apa-apa pelekat.


Bahagian 3 (Bahan Pengajaran)

Saya menggunakan Heat Transfer Paper (saiz A3- coz printer saya saiz A3). Saya print bahan pengajaran seperti  di sebelah (sengaja diterbalikkan) menggunakan Heat Transfer Paper, kemudian saya iron di atas felt berwarna putih. Apabila lapisan luar kertas dikeluarkan, saya akan memperolehi felt yang bercorak seperti disebelah. (dah tak terbalik lagi). Felt ini dipotong dan boleh digunakan untuk belajar sambil bermain.

Cara Bermain

Anda boleh menggunakan 1001 kreativiti untuk bermain menggunakan felt. Salah satu daripadanya;

Saya menyembunyikan benda-benda dibelakang rumah kecil dan meletakkan perkataan dihadapan rumah sebagai clue. Syafiqah perlu membaca untuk meneka apakah benda dibelakang rumah.

Selain itu, anda boleh mencipta cerita menggunakan bahan-bahan tersebut. Sebagai contoh:

Ada seekor kelawar terbang di waktu malam. Kelawar itu memakai topi ajaib. Tiba-tiba topi itu terjatuh di atas sebuah kereta. Kereta itu bertukar menjadi seekor tikus. Tikus itu kelaparan. Dengan memegang perutnya yang lapar... "Adik!!!! tolong saya...saya lapar... sudah 3 hari saya tak makan.... berilah saya sedikit makanan..." Tikus itu ternampak sebotol jem...."Saya nak itu... saya nak itu..." "Tak boleh!" Tiba-tiba datang seekor kucing yang juga kelaparan dan berkata "Saya sangat lapar.... saya nak makan kamu!" Lalu kucing itu terkam tikus tersebut.... "Nyam...nyamm...nyam... dannnnn saya juga nak makan.... KAMU".......(kucing itu pun terkam anak anda).... :)..... PANDUAN: Anda harus bercerita dengan semangat dan jadikan sesi bercerita sebagai sesi yang menggembirakan... pasti anak anda minta anda mengulangi cerita tersebut....

Sekian :)

No comments:

Post a Comment