Wednesday 9 March 2011

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dewasa ini ramai ibubapa telah menyedari kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Ramai kanak-kanak sekarang sudah pandai membaca sebelum pergi ke pra-sekolah lagi. Saya tidak mahu Syafiqah ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, setelah saya melahirkan Syafiqah saya mula mencari bahan pembelajaran buat Syafiqah.

Pada mulanya seorang jurujual yang menjual flash card yang menggunakan kaedah Glenn Doman cuba mempromosikan kad tersebut kepada saya. Saya akui keberkesanan kaedah tersebut tetapi harganya terlalu mahal buat saya. Jadi saya tangguhkan dahulu. Saya belikan buku yang diperbuat daripada kain untuk dia. Saya merasakan Syafiqah perlu lebih daripada itu. Agak lama saya tercari-cari bahan pembelajaran yang sesuai buat Syafiqah.

 Set VCD 'Your Baby Can Read!'

Set buku 'Your Baby Can Read!'
Akhirnya, saya menemui 'Your Baby Can Read! oleh Dr. Robert C. Titzer. Harganya tak lah sampai beribu ringgit. Saya belipun sedikit-sedikit. Contohnya, bulan ni saya beli set VCD dan set buku. Bulan depan set kad Lift-the-Flap dan set kad Double-Sided. Saya cuba praktikkan kepada Syafiqah. Malangnya di awal usia 10 bulan dia sudah boleh berjalan dan sangat aktif. Dia tak mahu melihat rancangan tersebut. Jauh sekali nak tengok buku. Susah hati saya dibuatnya. Saya pasang juga VCD tersebut walaupun dia tidak mahu menontonnya. Saya tutup lampu dan biarkan tv terpasang. Barulah dia menonton tv tersebut. Itupun sekejap sahaja. Saya tabahkan hati. Saya teruskan jer program ini. Saya bacakan buku untuk dia. Alhamdulillah, lama kelamaan dia mahu menonton dan baca buku serta kad 'Your Baby Can Read!'. Setelah 8 bulan berlalu perubahannya memang ketara yang mana vocabulary (english) dia memang banyak memandangkan saya ni tak lah banyak sangat bercakap dalam Bahasa Inggeris dengannya. Tetapi dia masih tidak tahu membaca. Saya tetap bersyukur dengan perkembangan dia walaupun usaha saya tak 100% berjaya. Saya membeli beberapa vcd lain untuk meningkatkan vocabulary dia. 

Setelah saya menghadiri kursus IQ PINTAR (Program Pembangunan Kepintaran Anak-Anak) anjuran  Learning Discoveries, saya menyedari puteri saya cenderung belajar menggunakan gambaran berbanding pendengaran. Saya mula perhatikan dia membaca buku atau kad imbasan. Dia hanya berminat melihat gambar sahaja. Padanya tulisan itu tidak menggambarkan apa-apa makna. Saya cuba memperkenalkan ABC dengan menggunakan kaedah gambaran. Saya mula mencari buku-buku dan kad imbasan yang sesuai untuk Syafiqah.

Saya bernasib baik apabila saya berjalan-jalan di Popular Ampang Point, saya terpandang puzzle yang diperbuat daripada kayu ini. Tambahan pula Syafiqah beria-ria meminta puzzle tersebut. Suami saya pun membeli puzzle ini untuk puteri kesayangannya itu. Pada mulanya saya mengajar dia "A for apple, B for bear". Suami saya ubah... "Tunjukkan abi mana R for rabbit?" Saya tak menyangka yang Syafiqah mengingati semua kedudukan gambar dibawah puzzle ABC tersebut. Secara tak langsung dia dapat mengingati ABC dengan cepat. Alhamdulillah....

Akhirnya saya menemui kaedah yang sesuai buat Syafiqah. Kini Syafiqah mula belajar membaca. Tak dapat saya bayangkan sekiranya saya lambat mengesan kaedah yang sesuai buat dia. Pasti dia akan ketinggalan dan bermasalah dalam kelas kerana di sekolah biasanya cikgu menggunakan kaedah pendengaran dan simbol (tulisan) sedangkan Syafiqah lebih cenderung mengingati sesuatu dengan kaedah gambaran.





No comments:

Post a Comment